Monday, October 18, 2010

aKu JuGa MaNuSiA bIaSa...

hey aku juga manusia biasa..yang mempunyai hati dan juga perasaan..
cuma kekadang akan rasa juga sedih dan gembira...
walaupun MANUSIA2 itu berkata mcm2 yg menyakitkan dan menyentuhkan perasaan ini..
mcm biasa la ak tetap bersabar....mungkin kali ini ak dibawah dan MEREKA diatas...
suatu hari nti pasti ak juga akan berada diatas..cuma aku perlu bersabar dan bersabar..
hari itu pasti akan tiba juga untuk diri ini...
pada MEREKA2 yg nama tdk disebut, hey tlg jgn bangga dan berlagak sgt k..
kamu semua sama jer seperti aku...cuma aku sedar diri dan kamu semua tidak...
bukan niat dihati nk mengata tp mmg kenyataan nye.....huhuuhu..

Saturday, October 16, 2010

gembira x terkata..

huhu sonok sebenarnya dapat phone baru dr ............
hehehe rezeki jgn di tolak bak kata org2 tua..
hehehe..
x de benda nk cter.
just nk promote je
sapa2 yg terbaca blog i n nk order kuih2 tuk event
mcm besday party ke,kenduri ke apa2 la..
leh order kat i..hehe
just sms or kol je no ni 0129036240...
area selangor....
tq.

Friday, October 8, 2010

x BoLeH bLaH

adoiyaii x leh blah langsung aceh kdai runcit tu...
semalam terpaksa g kedai malam2 cz ada org order popiah..
singgah la satu kedai aceh ni...tujuan nye nk beli sengkuang..
mintak la sengkuang tetiba dia bg sengkuang btl2 arah kat dada..
mcm bangang je laki aceh tu.nasib muka encem cikit.
hahahah..da sudah beli..nak blik tetiba keta mati enjin dkt simpang empat..
start pnye start x mau....ngada2 tol keta tu..da la depan tu gerai burger laki2 lpk.
adoi malunye la hai...ni sume glak2 pnye pasal la...huhu.

Wednesday, October 6, 2010

rabu,6/10/10....interview,sogo,cap square,klcc,masjid india.....

semalam penat giler...pagi2 kul 6.30 da bgn siap2 nk g interview...
lam kol 7.20 kuar umah...sampi rwg lak lam kul 8pagi..huhu..
nasib bas x jln lg...mcm biasa la jln jem..tension je dok lama lam bas..
sampi chowkit je da kul 9.15pg...wawawa..interview lam kul 10.30..
naik lak monorail trn kat raja chulan..da smpi situ mmg lega tp nk mencari bangunan 
tu yg payah..jauh gak jln kaki dr stesen monorail ke bgunan tu..siap sempat tgk menara kl lg.hahah.
sampi tempat interview tu awal kul 9.55pg..hehe..abis interview lak awal kul 11.55pg.
nak balik umah awal lg so follow la mber g jln2..lgpun lama x jmpe.las jmpe pon bln 4 ms presentation LI.
disebabkan awl terpaksa la tggu dorang kt sogo smbil cuci mata..hari2 sogo de sale.bak kata lecturer entrepreneurship aku sogo hari2 sale x penah sehari x sale.haha..kol 12 nak kat 1 mber2 ak sampi...
terus g cap squre bajet nk tgk wayang cter magika last2 x de lak kt tgv situ..yg de cter tamil n hindustan je..hahah..last2 g la klcc tu pon nasib ak ingat ak ada tempah tiket wayang on9 kol 3.10 cter magika..
jam pon dah kol 2 tiket on9 biasa la kena amik 45 min sebelum cter start..x tau la sempat ke x.masing2 da kelam kabut..naik teksi tambang share..bajet tok tmbg 5 rggt sorang.rupanye dr capsqure ke klcc 5 rggt je..hahah...mber ak plak boleh pggl abg teksi yg umur 27thn tu pakcik..ish2..sian abg teksi tu...kikiki..
nasib smpt amik tiket wayang tu..lega...dapat gak tgk cter tu..mmg best ar cter tu...abis je cter tu trus g masjid india..mber2 shopping la katakan...nk shopping gak tp duit ckp2 je..huhu.x pe next time...penat2 berjalan kol 6.30 lpk je mcd sogo msing2 da kelaparan...last2 blik kol 7.30 mlm...baik pnye sampi rawang kol 8.10mlm.train nk ke btg kali plak x de..train sampi kol 8.55.gerak dr rawang kol 9.20..sampi btg kali je kol 9.55mlm..mmg pnt gler la.....kaki naik leguh da...apa2 pon mmg best ar ari rabu.....first time tgk wayang pki baju kurung hahaha...sopannyer ak...ak sjer je tulis pengalaman ni supaya ak x lupa...hihi...to sara,kakmas n farhana sonok ar kuar gan korang...asal kuar gan korang je mmg sonok n msti de benda menarik berlaku...
next time kuar lg ek...hehe....

Tuesday, October 5, 2010

salam satu malaysia..

wah lama x update..hehe
tetiba arini rasa rajin plak nk update..
maklum la busy sikit...my mother baru kuar hospital.
masa my mother lam wad i kena jd suri rumah hehe..
jaga adk2..masak tuk my father n sisters...
huhu best gak masak2 nie...minat la katakan..
rabu ada interview..hope dapat la keje tu..
leh menolong family sikit...
huhuhu....
yg da follow i tu terima kasih k...
x mai sombong2..

Monday, August 30, 2010

TERIMA KEMARAHAN DENGAN TENANG

salam dan terima kasih pada yg view blog sy..sy ingin berkongsi tentang langkah yang perlu dihadapi jika berhadapan dengan individu yg sedang marah..
"Terdapat beberapa langkah yg perlu dihadapi sekiranya berhadapan dengan individu yg sedang marah..
Seorang kaunselor,Aminudin A Bakar berkata, beri peluang individu yg sedang marah itu bercakap
@ meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya, adalah langkah pertama yg perlu dihadapi.."
"kedua, terimalah kemarahan dengan tenang dan cubalah bertanya soalan kepada individu terbabit bg membantu menyelesaikan masalah."
"paling penting, ketika berhadapan dengan individu yg sedang marah,jgnlah menyampuk dan merendahkannya,"
menurut Aminudin,punca tercetusnya api kemarahan individu disebabkan isu-isu tertentu.
"isu berkaitan diri, pasangan dan keluarga akan mengakibatkan perasaan marah membuak-buak. justeru,mereka akan melahirkan kemarahan sama ada secara lisan(melalui mulut) ataupun secara fizikal seperti menumbuk,membelasah dan sebagainya."
"bila sudah sampai ke tahap menumbuk dan mencederakan,ia menggambarkan kemuncak kemarahan individu kpd seseorang,"

Sunday, August 29, 2010

MANDI WAJIB

ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih
Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel 
 
Assalamualaikum, 
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
 

Mandi wajib yg betul…..
 
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
 

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
 

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
 

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat
Kuala Lumpur . 

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
 
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
 
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
 
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
 

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
 
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
 

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
 

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
 

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
 

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
 

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
 
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
 

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
 

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
 

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
 

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
 

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
 
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
 

Panduan Tambahan
 
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
 

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
 

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
 
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
 

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
 

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
 

Rahsia 13
 
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
 
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
 
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
 
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
 
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
 
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
 
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
 
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
 
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di
padang Mahsyar. 
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
 
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
 
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
 
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
 

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
 
Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

  

Saturday, August 28, 2010

SUKA-SUKI......

siap gak langsir umh.....
pas ni jahit baju kurung plak..
sibuk2 jahit, mengacau plak kucing ak sekor ni...
haha..
gatal tol tul kucing tu.....
ni de gambar2 sikit...hehe.gatai..
ni si tamtam.sibuk nk mjhit gak...
huhu...

   
ni ler lgsir umah ku thn ni



si tamtam menyibuk...

Wednesday, August 25, 2010

dilema

adoiii..esk ada interview kat maa jln dewan bahasa..kol 9.30pg..
nk g ke x arrr...emm x tau la...bapa bnyk interview da g..tp bazir wet je....
yg da dpt tp jauh plk tmpt kje tu...ak bru jer bhnti kje semata2 n siapkn lgsr umh n 
bju raya...hehe...lg pon da bp minggu je lg nk raya...blog ak ni pon
x abis edit agy..huhu..semlm da la kucing ak mati..
sedih gler....mcm kn tggl gn bf..haha..


Monday, August 23, 2010

First Time..

Hii all.. 
penatnye edit blog nie sana-sini..tetap rasa x puas ati gan hasilnye..
naik pening pon ada gak.....
arini sahur lauk sardin.ulam selon gan sambal telur je...
tp kenyang.....hehe...